Sunday 2 September 2018

AKU DI SK LKTP JENGKA 13

Alhamdulillah, kini aku memulakan tugas baru di sekolah baru sebagai GPK Pentadbiran pula. Setelah hampir dua tahun aku menjawat tugas sebagai GPK Hal Ehwal Murid di SK Paya Pasir.

SK LKTP Jengka 13, merupakan sebuah sekolah yang berada dalam Kelompok Jengka mempunyai seorang pentadbir yang sungguh berdedikasi iaitu Encik Azemi bin Sagir sebagai Guru Besar. Dibantu pula oleh GPK Hal Elwal Murid Encik Ramli dan GPK Kokurikulum Encik Junal.

Terdapat 14 orang guru akademik yang begitu tekun, hebat dan bercita-cita tinggi dalam mendidik anak bangsa di tanah rancangan Felda ini.

Ini merupakan sekolah yang ke-5 aku bertugas bermula dengan SK LKTP Jengka 1, kemudian ke SK Bandar Pusat, diikuti dengan SK Paya Pasir dan kini di SK LKTP Jengka 13.